Tel Aviv Terbakar, ‘Dendam’ Iran Terus Gegarkan Konflik Timur Tengah

1,019

Pada waktu ini, Israel sedang berfikir panjang untuk lakukan tindak balas terhadap serangan beratus-ratus dron dan peluru berpandu oleh Iran di tengah-tengah gesaan yang semakin meningkat bagi mengelakkan konflik perang yang lebih meluas.

Israel dan beberapa negara sekutunya berjaya memintas hampir kesemua peluru yang dilepaskan dalam serangan langsung Iran menggunakan teknologi iron dome.

Namun, Amerika Syarikat (AS) berkata mereka tidak akan lagi mengambil bahagian dalam sebarang tindak balas Israel bagi mengelakkan peningkatan dalam permusuhan serantau seperti yang mereka lakukan ke atas Gaza.

Menteri Sentris Israel, Benny Gantz berkata mereka akan membalas hukuman itu kelak apabila sudah tiba masanya nanti.

Setelah hampir dua minggu Iran menghantar telegraf rancangannya untuk bertindak balas terhadap serangan udara 1 April ke atas perkarangan diplomatiknya di ibu negara Syria, Damsyik yang mengorbankan beberapa penasihat tentera termasuk dua jeneral tertinggi.

Iran menyalahkan Israel atas serangan itu dan mengatakan ia umpama mengumumkan perang ke atas mereka.

Di Baitulmaqdis, siren serbuan udara berbunyi diikuti dengan letupan kuat selepas pertahanan udara memintas peluru di atas bandar. Gambaran radar yang diterbitkan oleh tentera Israel menunjukkan seluruh negara ditutup dengan titik merah yang melambangkan kawasan berisiko dan penduduk digesa untuk mencari perlindungan.

Presiden AS, Joe Biden menegaskan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa mereka kekal komited dalam mempertahankan keselamatan negara Zionis itu tetapi AS tidak akan menyokong serangan balas oleh Israel.

Ketegangan antara Israel dan Iran telah memuncak selama berdekad-dekad lamanya dan ia semakin jelas sejak serbuan IDF ke atas Gaza.

Sekutu Iran seperti Hizbullah di Lubnan dan Houthi di Yaman telah melakukan serangan ke atas Israel dan sekutunya sejak beberapa bulan lepas atas tanda sokongan mereka terhadap penduduk Palestin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat