Teliti Dulu Carta USD/CAD Menjelang Laporan Pekerjaan Kanada & NFP AS

263

Mari teliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD untuk minggu ini menjelang laporan data pekerjaan Kanada dan NFP Amerika Syarikat (AS) sebentar lagi.

Sementara US dolar dipengaruhi oleh keputusan mesyuarat FOMC, dolar Kanada yang sensitif terhadap pasaran minyak mentah dilihat bergerak dipacu oleh perubahan harga minyak mentah dalam pasaran.

Sebelum ini, dolar Kanada mengukuh disokong oleh faktor tekanan bekalan minyak dalam pasaran ekoran rancangan sekatan import minyak Rusia oleh Kesatuan Eropah (EU).

Namun, laporan terbaru berkenaan negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) yang meningkatkan semula pengeluaran dalam mengimbangi harga minyak mentah yang tinggi telah mendorong dolar Kanada turut susut semula dalam pasaran.

Pada carta USD/CAD, harga telah menunjukkan corak penurunan harga di awal minggu, susut dari paras ketinggian 1.29000 yang menjadi zon rintangan buat harga.

Penurunan harga telah mencecah zon sokongan harga sekitar 1.27200 sebelum harga mempamerkan lonjakan semula pada dagangan Khamis semalam.

Didorong oleh pengukuhan semula US dolar selepas menyusut pada mesyuarat FOMC, harga telah bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat untuk perubahan trend bullish semula.

Laporan pekerjaan Kanada dan AS pada sesi New York sebentar lagi akan menentukan pergerakan bagi kedua-dua mata wang dolar Kanada dan US dolar.

Sekiranya kenaikan berjaya dilakukan, harga dijangka akan melepasi zon rintangan pada 1.2900 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 5 bulan.

Sasaran kenaikan lebih tinggi dilihat akan mencapai sekitar 1.29600 yang merupakan ketinggian yang dicapai pada Disember 2021 lalu.

Namun jika keputusan laporan pekerjaan mendorong harga untuk susut lebih rendah semula, zon sokongan sekitar 1.27000 akan menjadi tumpuan awal.

Dan untuk penurunan pada trend bearish yang lebih jelas, harga berkemungkinan akan kembali ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1.2600 atau 1.2500 untuk penurunan yang diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat