Teliti Pergerakan Mata Wang Utama Sebelum Mulakan Dagangan Minggu Ini

646

Sentimen pasaran dinilai pulih pada permulaan dagangan pagi Isnin dengan harapan rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan menyuntik keyakinan pelabur walaupun penularan Coronavirus masih menjadi kebimbangan.

US dolar diunjur bergerak lemah pada awal dagangan minggu ini dengan perkembangan positif beberapa isu tumpuan yang meredakan kebimbangan pasaran. Antaranya isu krisis Evergrande, dan pelepasan CFO Huawei yang meredakan ketegangan antara China dan Kanada.

Sementara itu, memberi petunjuk sentimen risk-on dengan kenaikan semula indeks S&P 500 ke paras tertinggi 1 minggu, bakal memberi tekanan awal terhadap US dolar pada minggu ini.

Pelabur akan menilai petunjuk daripada sektor ekonomi tumpuan AS untuk pergerakan US dolar selepas mesyuarat FOMC lalu telah memberikan isyarat untuk pengetatan polisi oleh Federal Reserve (Fed).

Namun, momentum pengukuhan US dolar dilihat gagal dikekalkan selepas mesyuarat tersebut pada minggu lalu memberi ruang kembali untuk mata wang utama yang lain meningkat dalam pasaran.

Mata wang Euro bergerak mendatar berbanding US dolar berikutan bacaan data sektor ekonomi Eropah pada minggu lalu dilihat kurang memberangsangkan.

Sementara Pound pamerkan pengukuhan selepas isyarat hawkish oleh bank pusat England pada mesyuarat dasar monetari Khamis lalu.

Matawang komoditi dolar Australia dan dolar New Zealand gagal meneruskan kenaikan selepas US dolar berjaya memberi tekanan semula pada penutupan dagangan penghujung minggu lalu.

Sementara dolar Kanada mencatatkan pengukuhan susulan lonjakan harga minyak mentah ke paras tertinggi 3 tahun Gangguan bekalan global telah mendesak syarikat-syarikat tenaga menarik sejumlah besar inventori minyak mentah.

Dagangan emas pula masih disokong pada zon harga $1,745 dengan kenaikan dipamerkan pada awal sesi Asia bagi pembukaan pasaran minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat