Teliti Sentimen Matawang Utama Setakat Sesi Eropah Hari Ini

355

Setakat sesi pasaran Eropah pada hari ini, dagangan dolar Australia dan dolar New Zealand antara yang menunjukkan pergerakan ketara harga sejak sesi Asia.

Tumpuan yang terarah pada mesyuarat bank pusat New Zealand memberikan kejutan terhadap pelabur apabila Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) menurunkan kadar faedah sehingga 50 mata asas kepada 1.00%, terendah dalam sejarah penetapan kadar New Zealand.

Susulan keputusan mesyuarat tersebut, dagangan Kiwi menjunam mencecah ke paras terendah sejak dagangan awal Januari 2015.

Turut mengiringi rakan serantaunya, matawang Australia juga menjunam sehingga melepasi paras terendah ketika fenomena “flash crash” pada awal Januari tahun ini. Penurunan Aussie berbanding dolar AS terus merekodkan penurunan ke paras terendah terbaru untuk tempoh 10 tahun, sejak dagangan Mac 2009.

Ketidaktentuan yang melanda pasaran terus membuka jalan untuk pengukuhan dagangan safe-haven seperti Yen Jepun serta Swiss franc Switzerland. Dagangan Yuan China pula kekal lemah di bawah paras penting 7.00 berbanding dolar AS.

Beralih perkembangan di Eropah, matawang dolar Euro tidak menunjukkan pergerakan yang ketara dan dipandu oleh nilai matawang dolar AS yang berisiko, sementara Sterling kekal diniagakan lemah berikutan faktor risiko Brexit.

Berbanding dolar Euro, Pound Sterling telah mencatatkan paras terendah terbaru dua tahun pada dagangan semalam dengan kelemahan pada dagangan dolar AS menyokong dolar Euro untuk memberi tekanan terhadap matawang GBP.

Britain dilihat berdepan situasi sukar untuk berundur dari Kesatuan Eropah setelah Perdana Menteri UK, Boris Johnson tidak berhasrat untuk mengadakan semula rundingan perjanjian Brexit.

Dagangan komoditi masih terjejas terutamanya pasaran minyak mentah ekoran ketegangan perang dagang AS-China yang melanda. Sebaliknya, nilai emas terus melonjak mencatatkan paras tertinggi sejak tahun 2013.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat