Teluk Mexico Dilanda Badai, Ini Kesan Pada Harga Minyak!

528

Minyak mentah melonjak tinggi pada pembukaan dagangan sesi Asia hari ini, ketika taufan kuat yang melanda pada hujung minggu menyebabkan penutupan pelantar minyak di Teluk Mexico.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan tinggi sekitar $72.86 setong, selepas meningkat lebih 11% pada minggu lalu ketika ramalan taufan dikeluarkan.

Sementara dagangan minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula didagangkan kukuh di sekitar harga $68.70 setong selepas kenaikan 10% pada minggu lepas.

Kedua-dua penanda aras menyentuh paras tertinggi tiga minggu pada awal sesi, dengan masing-masing meningkat pada $73.69 dan $69.64.

Taufan Ida yang menghentam pantai Lousiana dengan kekuatan ribut kategori 4, telah memaksa syarikat-syarikat tenaga untuk menghentikan lebih 95% pengeluaran minyak dan hampir 94% pengeluaran gas asli pada hujung minggu.

Ini menunjukkan bahawa ribut besar itu telah memberi kesan yang besar terhadap bekalan tenaga di Amerika Syarikat.

Menjelang tengah hari Sabtu, syarikat minyak dan gas telah mengosongkan 288 platform dan memindahkan 11 kapal penggerudi keluar dari kawasan merbahaya itu.

Tumpuan pasaran kini beralih kepada pertemuan OPEC dan sekutunya, OPEC+ pada minggu ini yang dijangka akan mengekalkan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat