Tembus Siling! Untung Besar Trader Yang ‘BUY’ AUD/USD

711

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD mencanak sehingga 130 pips kenaikan harian dicatatkan semalam. Apa yang terjadi?

Masih lagi didorong oleh faktor yang sama dalam pasaran iaitu laporan perkembangan positif penghasilan Covid-19 oleh beberapa firma yang terlibat.

Vaksin AstraZeneca memberikan hasil keputusan yang memberangsangkan sebelum menyusul laporan vaksin CanSinoBIO dari syarikat China turut menunjukkan tindak balas positif dari hasil kajian.

Faktor yang memulihkan sentimen pasaran ini telah meningkatkan permintaan matawang utama khususnya matawang komoditi termasuk dolar Australia.

Atas faktor yang sama juga, US dolar mengalami penyusutan nilai yang ketara sebagai matawang safe-haven. Pelabur akan melepaskan pegangan aset selamat dan beralih ke arah pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi dalam sentimen pulih pasaran.

Penyusutan US dolar dan pengukuhan dolar Aussie memberi keputusan arah yang jelas bagi pergerakan AUD/USD semalam.

Kenaikan harga bermula di zon resistance sebelum ini sekitar 0.70200 dan melonjak sehingga mencapai paras ketinggian 0.71460 di penghujung sesi New York. Ini adah paras tertinggi 13 bulan yang berjaya dicapai.

Momentum kenaikan dijangka akan berterusan dan mendorong harga naik lebih tinggi menuju paras resistance 0.71700 iaitu paras tertinggi sejak dagangan April 2019 lalu.

Jika penurunan harga kembali berlaku, paras awal penurunan dilihat pada 0.70800 yang sebelum ini merupakan resistance pada dagangan Julai 2019.

Penurunan lebih rendah akan kembali ke zon RBS (resistance become support) 0.70300 yang menjadi paras rintangan harga sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat