Tenang India, AS Boleh Tolong!

423

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo tiba di New Delhi hari ini bagi memulakan lawatan ke 4 buah negara di Asia didakwa berhadapan dengan ancaman dari China.

Selain itu, lawatan tersebut turut disertai oleh Setiausaha Pertahanan, Mark Esper. Selama tempoh 2 hari lawatan itu, Pompeo akan mengadakan rundingan berikutan lonjakan ketegangan antara India dan China sejak pertempuran perbatasan yang telah meragut nyawa pada bulan Jun.

Di samping itu, India dikhabarkan ingin mendapatkan peralatan cuaca sejuk AS ketika pertarungan menuju musim sejuk Himalaya. Justeru itu, hal tersebut akan dibangkitkan ketika Pompeo dan Esper bertemu Menteri Luar Negeri India Subrahmanyam Jaishankar dan Menteri Pertahanan Rajnath Singh.

Tambahan daripada itu, 2 negara demokrasi terbesar di dunia itu dijangka menandatangani perjanjian untuk berkongsi perisikan geo-spatial dan membuka jalan bagi Amerika Syarikat untuk menghantar teknologi peluru berpandu canggih.

Bukan itu sahaja! Esper juga akan membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama antara pasukan tentera kedua-dua negara termasuk perkongsian risikan, meningkatkan latihan bersama, dan penjualan senjata berkemungkinan merangkumi jet pejuang F-18, milik AS.

Seterusnya, Pompeo akan berkunjung ke Sri Lanka, Maldives dan Indonesia, yang semuanya memiliki peranan penting dalam lalu lintas maritim Lautan Hindi di mana China telah mengemukakan ancaman terhadapnya.

Menurut setiausaha negara itu, pertemuannya dengan negara terbabit bakal merangkumi perbincangan tentang bagaimana negara-negara bebas dapat bekerjasama untuk menggagalkan ancaman yang ditimbulkan oleh Parti Komunis China.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat