Tenang! Pelabur Emas Masih Mampu Menarik Nafas Lega

867

Setelah dikejutkan dengan bacaan data inflasi yang lebih tinggi daripada dijangkakan, harga emas kembali meneruskan pendakian pada sesi Asia, didorong oleh daya tarikannya sebagai aset lindung nilai kepada inflasi.

Ketika penulisan, spot emas meningkat pada $1,813 per auns, menuju ke paras ketinggian tiga minggu, manakala niaga hadapan emas pula menokok pada $1,814 per auns.

Indeks harga pengguna AS (CPI) meningkat sebanyak 0.9% pada bulan Jun, iaitu kenaikan terbesar pernah dicatatkan sejak Jun 2008, daripada 0.6% yang dicatatkan sebelumnya.

Sementara secara tahunan pula, harga pengguna melonjak 5.4% susulan kenaikan pada bulan sebelumnya sebanyak 5.0%. Inflasi teras pula meningkat 0.9% setelah naik 0.7% pada Mei.

Bacaan memberangsangkan ini, turut mendorong hasil perbendaharaan AS 2 dan 10 tahun untuk meningkat, yang menjadi faktor kepada harga emas yang terbatas pada sesi sebelum ini.

Perhatian pelabur kini beralih kepada ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell yang akan memberi keterangan di hadapan Kongres pada hari Rabu dan Khamis untuk mendapatkan sebarang isyarat mengenai bila pengurangan rangsangan dan kadar faedah lebih tinggi akan dilaksanakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat