Tengok Apa Dah Jadi Pada AUD/USD Lepas Data CPI Australia Diterbitkan!

162

Bacaan data inflasi (CPI) tahunan Australia yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) catat angka yang lebih rendah pada 6.8% untuk Februari berbanding ramalan 7.2%, daripada bacaan 7.4% sebelumnya.

Ini semakin mendorong langkah penetapan dasar yang lebih longgar oleh Reserve Bank of Australia (RBA) setelah mesyuarat polisi baru-baru ini menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Namun, pada minit mesyuarat yang diteliti, RBA dilihat bersetuju untuk mempertimbangkan semula tindakan menghentikan pengetatan dasar seperti yang telah dilakukan oleh bank pusat Kanada (BOC).

Mata wang dolar Australia segera menyusur turun setelah reaksi terhadap terbitan data CPI tersebut, namun penyusutan tidaklah begitu ketara dipaparkan sehinggalah memasuki ke sesi Eropah.

Jika carta harga pasangan mata wang AUD/USD diteliti, harga yang mendatar perlahan di atas paras 0.67000 mula turun sedikit di bawah paras tersebut dan menyambung penurunan di awal pembukaan sesi Eropah.

Situasi ini dilihat telah mengekang kemaraan harga untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi setelah pergerakan menaik harga dipamerkan semalam (Selasa).

Harga yang masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD masih lagi memberi indikasi untuk kenaikan harga bakal diteruskan.

Sekiranya melonjak semula di atas paras 0.67000, harga bakal meneruskan pendakian menuju 0.67500, iaitu paras ketinggian yang dicapai pada minggu lepas.

Melepasi ke paras lebih tinggi dengan isyarat bullish lebih jelas, harga boleh mencapai sehingga ketinggian pada 0.69000.

Namun, jika harga tak berdaya untuk kekalkan kenaikan dan kesan data inflasi yang diterbitkan sebentar tadi terus mengheret harga jatuh, penurunan bakal melepasi paras sokongan terhampir pada 0.66300.

Seterusnya, harga akan melanjutkan penurunan menuju pula zon tumpuan pada 0.65700-0.65400.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat