Tepati Jangkaan Pasaran, GBP/USD Terus Selam Ke Dasar

508

Nilai dagangan Pound Sterling semakin susut sehingga ke penghujung minggu walaupun data ekonomi UK yang diterbitkan menunjukkan sektor pembuatan dan perkhidmatan bagi bulan Mac berkembang dengan baik

Namun, memberi tekanan adalah data inflasi UK yang diterbitkan pada awal sesi Eropah dengan bacaan indeks harga pengguna bagi bulan Februari merosot lebih rendah berbanding bacaan yang dijangka untuk meningkat.

Selain itu, pelabur juga memantau isu amaran sekatan eksport oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap UK susulan penghantaran vaksin yang lambat.

Pound Sterling susut lebih rendah berbanding US dolar ke paras terendah 6 minggu seperti yang dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang GBP/USD.

Setelah harga berjaya memecah zon support 1.38000 pada Selasa lalu, penurunan telah diteruskan sehingga ke paras 1.37000.

Bersambung sehingga dagangan pada sesi Asia hari ini, harga bergerak perlahan di zon 1.37000 dengan paras terendah yang berjaya dicecah sekitar 1.36750.

Penurunan harga dijangka akan berterusan sehingga ke penghujung dagangan minggu ini sekiranya harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada carta GBP/USD.

Penurunan lebih rendah seterusnya bakal ke zon support 1.36000 di mana turut diuji pada dagangan Februari lalu sebelum harga melonjak lebih tinggi.

Situasi kenaikan harga pula akan menjangkakan zon SBR (support become resistance) 1.38000 bakal diuji sebelum kenaikan lebih tinggi akan memberikan isyarat perubahan trend bullish.

Pelabur akan berwaspada menilai pergerakan Pound di penghujung minggu yang akan memberi reaksi terhadap data jualan runcit UK yang akan diterbitkan pada Jumaat.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat