Tepuk Dahi! AS Kena Bayar Cukai Kepada EU!

1,099

Kesatuan Eropah akan mengenakan tarif terhadap produk AS bernilai AS $ 4 bilion pada hari ini gagal mencapai kesepakatan dalam menyelesaikan pertikaian mengenai subsidi pesawat.

Untuk pengetahuan semua, EU dan AS telah lama berhadapan dengan krisis berkaitan isu tersebut sejak tahun 2006. Pada tahun lalu, Pertubuhan Perdagangan Dunia telah mengemukakan kenyataan bahawa EU tidak mengikuti amalan perdagangan terbaik ketika memberikan bantuan kepada Airbus. Berdasarkan keputusan itu, AS telah mengenakan cukai terhadap barang import sebanyak $ 7.5 bilion dari Eropah.

Bulan lalu, WTO juga memutuskan bahawa Amerika Syarikat tidak mematuhi peraturan antarabangsa ketika memberikan subsidi kepada Boeing. Akibatnya, EU telah memutuskan untuk mengenakan tarif hingga $ 4 bilion terhadap produk negara tersebut.

Menurut EU, mereka telah berusaha untuk menyelesaikan isu berkenaan akan tetapi pihak AS didakwa tidak memberikan kerjasama yang baik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat