Teragak-agak Nak Baca Berita Ekonomi? Fikir Sekali Lagi

413

Drama Brexit terus mempengaruhi sentimen pasaran, memberi peluang buat US dolar untuk memanfaatkan kesuraman dagangan matawang pound dengan didagangkan meningkat.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama didagangkan stabil pada 90.91.

Berita mengenai permulaan pelancaran vaksin Covid-19 di Pfizer yang sepatutnya mendorong sterling lebih tinggi, gagal untuk berbuat sedemikian berikutan ketidakpastian mengenai Brexit menyebabkan pound jatuh untuk hari ketiga berturut-turut berbanding USD.

Naib Presiden Suruhanjaya EU, Maros Sefcovic mengatakan bahawa beliau telah mencapai persetujuan secara prinsip mengenai semua masalah dalam perjanjian pengunduran Breit dengan Menteri Kanan UK, Michael Gove.

UK telah menggugurkan klausa yang bertentangan dengan perjanjian dari pasaran dalaman dan rang undang-undang kewangan mereka dengan niat baik dan harapan bahawa kemajuan dapat dicapai pada hari ini.

Berdasarkan pergerakan harga matawang pound, para pelabur dilihat optimis tetapi tetap berhati-hati mengenai perjanjian yang akan dicapai.

Dalam pada itu, pasaran masih menaruh harapan terhadap pakej bantuan coronavirus Amerika Syarikat akan dilancarkan untuk menyokong ekonomi. Namun, sentimen pasaran turut dibayangi oleh kebimbangan terhadap kes coronavirus yang meningkat.

Sementara itu, euro mencatatkan kerugian sederhana dan pergerakan harga yang dipamerkan mula perlahan menunjukkan para pelabur mula berwaspada menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat