Terancam Serangan Rusia, Kapal Kargo Bawa Bijirin Selamat Tiba Di Ukraine

478

Dua kapal kargo telah tiba di pelabuhan Ukraine menggunakan laluan baru melepasi Laut Hitam di Chornomorsk pada hari Sabtu dengan memuatkan 20,000 tan bijirin untuk pasaran global.

Ini adalah kali pertama kapal awam tiba di pelabuhan Ukraine sejak gugurnya perjanjian dengan Rusia yang menjamin keselamatan kapal-kapal memandangkan lorong tersebut hanya digunakan oleh kapal yang berlepas dari Ukraine sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri Oleksandr Kubrakov berkata kapal-kapal Resilient Africa dan Aroyat itu berlayar bersama krew yang terdiri daripada warga Ukraine, Turki, Azerbaijan, Mesir yang akan menghantar beras ke Mesir dan Israel.

Secara sebelah pihak Kyiv mengisytiharkan lorong maritim sepanjang pantai barat Laut Hitam setelah Russia mengabaikan perjanjian terdahulu untuk memudahkan eksport gandum dari pelabuhan Ukraine.

Moscow menyatakan isi perjanjian yang membenarkan eksport makanan dan baja mereka dilanggar dan mengadu tentang sekatan barat menyekat eksport pertanian mereka. Sejak itu, kapal awam yang berlayar ke Ukraine menjadi sasaran tentera Russia.

Buat makluman, Ukraine adalah salah satu pengeluar utama dunia bagi tanaman seperti minyak bunga matahari, barli, jagung, dan gandum.

Pada Februari 2022 lalu, tentera Russia menjalankan sekatan ke atas pelabuhan Laut Hitam negara itu dan menjebak 20 juta tan gandum yang sepatutnya dieksport. Ini menyebabkan harga makanan dunia melambung.

Selain mengancam kapal yang melalui Laut Hitam, Moscow terus menyasarkan infrastruktur pelabuhan Ukraine dengan menyerang pelabuhan Izmail dan Reni dalam cubaan mengganggu operasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat