Terbaik! CTOS Digital Pamer Lonjakan Pada Waktu Penyenaraian

257

CTOS Digital Bhd memulakan prestasi yang cemerlang pada permulaan penyenaraian sesi dagangan di Bursa Malaysia pada hari ini.

Kaunter tersebut telah melonjak ke paras tertinggi RM1.76 iaitu premium 36.4% atau 40 sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) pada RM1.10.

Pada pukul 10.41 pagi, kaunter CTOS meningkat 49 sen kepada RM1.59 dengan 211.45 juta saham diniagakan, sekali gus menjadi kaunter paling aktif diperdagangkan pada hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Dennid Martin mengatakan bahawa penyenaraian agensi itu telah menerima permintaan runcit terbesar bagi IPO sejak 2013.

Syarikat itu juga telah memperoleh permohonan bernilai RM1.38 bilion dengan kadar lebihan langganan sebanyak 27.6 kali daripada awam runcit.

Di atas faktor tersebut, Martin terus berpendirian teguh untuk meneruskan prospek pertumbuhan dalam industri pelaporan kredit dan memperluaskan perkhidmatannya ke seluruh kitaran pengguna.

Penyenaraian syarikat CTOS pada Bursa Malaysia hari ini telah melibatkan 23 pelabur terkenal dan menjadikannya jumlah pelabur institusi terbesar yang mengambil bahagian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat