Tercari-Cari Arah, EUR/USD Mendatar Di Atas Zon $1.0800

272

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD Khamis semalam mendatar dengan pelabur terus berwaspada terhadap ketidaktentuan pasaran di penghujung minggu ini.

US dolar gagal menunjukkan arah yang jelas namun dilihat menyusut lemah pada penutup dagangan sesi New York semalam.

Tinjauan Reuters oleh pakar-pakar ekonomi masih berpandangan bahawa Federal Reserve (Fed) bakal memperlahankan pengetatan polisi berdasarkan data-data ekonomi yang diterbitkan.

Namun, terdapat juga beberapa pegawai Fed yang beranggapan langkah pengetatan polisi masih perlu lagi diteruskan untuk menurunkan kadar inflasi ke paras sasaran bank pusat.

Sementara, European Central Bank (ECB) pula dilihat masih berada pada landasan pengetatan polisinya berdasarkan isyarat daripada Presiden Christine Lagarde dan ahli bank pusat yang lain.

Pun begitu, mata wang Euro gagal menyerlah dan bergerak mendatar sepanjang minggu ini mengikuti gerak langkah US dolar.

Pada carta EUR/USD, zon 1.08000 masih lagi menjadi sokongan buat harga setelah berjaya menghalang harga daripada jatuh lebih rendah.

Beberapa kali sepanjang minggu ini, namun zon tersebut masih berjaya melantunkan semula harga ke atas.

Begitu juga pada dagangan Khamis semalam, harga yang susut ke paras 1.08000 kemudiannya membuat kenaikan semula menutup dagangan sesi New York lebih tinggi 30 pips.

Pergerakan harga perlahan di sekitar 1.08300 di sesi Asia, namun telah berada semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi jangkaan pergerakan bullish.

Kenaikan harga akan menguji ketinggian mingguan yang dicapai iaitu di paras sekitar 1.08700 sebelum kenaikan yang diteruskan akan menuju pula ke zon 1.09000.

Meneruskan pergerakan trend bullish bakal menyaksikan harga menuju sehingga ketinggian pada 1.10000.

Berbeza situasi jika penurunan harga berlaku, zon support 1.08000 akan kembali diuji untuk ditembusi.

Isyarat bearish sekiranya harga tembus lebih rendah sebelum jangkaan harga untuk susut menuju ke zon tumpuan pada 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat