Tergempar! Akon Dedahkan Pelan Pembangunan Bandar Kripto Yang Kedua!

1,773

Akon, penyanyi R&B yang pernah terkenal dengan lagu Lonely dan Don’t Matter mungkin sudah tidak lagi disebut-sebut dalam industri muzik tetapi dalam diam individu ini sedang bergiat usaha membina bandar pintar di Senegal.

Dikatakan perbelanjaan pembinaan bandar pintar, ‘Akon City’ yang mana turut terbuka kepada African Diaspora mencecah $6 bilion dan mula dibina pada awal tahun ini. Laporan terkini pula menyatakan bahawa satu lagi bandar kripto akan dibina di Afrika oleh Akon.

Kerajaan Uganda dilaporkan akan menyediakan tanah kepadanya untuk pembinaan bandar kripto baru. Mata wang kripto akoin akan digunakan di bandar, sama seperti di Akon City. Setakat ini Akon sedang dalam proses menyiapkan dua bandar beliau. Yang pertama ialah Akon City, yang berharga $ 6 bilion, sedang dibina di negara asalnya Senegal. Akon menggambarkannya sebagai “Wakanda” dengan membandingkan Akon City dengan kota fiksyen Afrika yang berteknologi maju dalam filem blockbuster Black Panther.

Bandar kripto Akon telah mendapat sokongan pemerintah Uganda. Isaac Musumba, Menteri Negara Uganda untuk Tanah, Perumahan, dan Pembangunan Bandar, mengatakan pada sidang media minggu lalu bahawa kerajaan akan mencari tanah yang sesuai untuk membangunkan bandar kripto itu.

Menurut media tempatan, bandar crypto baru akan menggunakan matawang kripto Akon sendiri, akoin.Matawang kripto Akoin telah digunakan di Bandar Perubatan dan Teknologi Mwale (MMTC) di Kenya sebagai proses uji kaji dan ia akan digunakan secara meluas pada akhir 2021.

Akon juga berkongsi visi dan harapan beliau bahawa ia adalah sebagai satu langkah untuk membangunkan Afrika. Akon menyatakan bahawa pembinaan bandar kripto di Uganda dijadualkan selesai pada tahun 2036

Akoin kini didagangkan pada harga $0.4788 seunit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat