Tergempar! CME Group Umum Pelancaran Produk Derivatif Kripto Secara Mikro

291

CME Group, yang merupakan pasaran derivatif terbesar di dunia, pada hari ini melaporkan bahawa pihak mereka telah melancarkan tawaran pilihan untuk niaga hadapan dalam bentuk mikro bagi Bitcon (BTC) dan Ethereum (ETH). Ini menambahkan lagi bilangan produk berkaitan kripto yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Untuk proses kecairan bagi produk baharu ini akan disediakan oleh Galaxy Digital. Galaxy akan menjadi tunjang utama dalam institusi ini bagi sektor kripto dan dalam masa yang sama menyediakan perkhidmatan kecairan kepada beberapa bank utama yang menawarkan produk kripto.

CME dalam pelancaran hari ini menyatakan bahawa penawaran lebih banyak produk adalah sebagai reaksi memenuhi permintaan terhadap kripto yang kian meningkat. Produk ini bertujuan untuk menawarkan kepada pedagang dan pelabur fleksibiliti yang lebih besar dalam mengekalkan pendedahan kripto dalam portfolio mereka.

BTC dan ETH mikro mewakili kira-kira satu persepuluh daripada 1 BTC atau 1 ETH dan oleh itu dapat dikatakan ia mewakili nilai dagangan yang jauh lebih rendah. Di samping itu, perubahan dalam harga mikro juga boleh menjadi penunjuk yang baik tentang bagaimana sentimen runcit dalam pasaran kerana kebanyakkan mereka lebih cenderung pelaburan mikro.

CME kini menawarkan derivatif pada BTC dan ETH sahaja. Namun memandangkan minat yang semakin meningkat, ia mungkin mengikuti jejak pengurus aset seperti Grayscale dan CoinShares dalam menawarkan lebih banyak pilian kripto.

Kontrak ini akan dibukan kepada pelbagai jenis pelanggan, bermula daripada kalangan institusi sehinggalah kepada pelabur runcit. Baru-baru ini, Goldman Sachs turut menyatakan ia akan mula menawarkan produk derivatif kripto khusus kepada pelanggannya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat