Tergempar! Hong Kong Akhirnya Luluskan Spot BTC & ETH ETF!

457

“Wow terbaiklah, adakah berita positif itu akan mendorong harga kripto naik tinggi?”

Cabang antarabangsa pengurus aset China Harvest Fund Management Co dan kerjasama antara Bosera Asset Management Co serta HashKey Capital telah menjadi pihak terawal menerima kelulusan spot Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) ETF di Hong Kong pada hari ini.

Susulan daripada kelulusan akhir daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Hadapan (SFC) dan penyiapan butiran penyenaraian bersama Hong Kong Exchanges & Clearing Ltd (HKEX), firma-firma itu akhirnya berjaya melancarkan ETF masing-masing menjelang akhir bulan ini.

Terdahulu, SFC telah memberikan pelepasan kepada Harvest dan China Asset Management untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dana berkaitan aset maya pada 9 April 2024.

Suka dimaklumkan bahawa pengenalan spot BTC ETF di Amerika Syarikat (AS) pada 11 Januari 2024 telah menyumbang pada kebangkitan semula dalam pasaran kripto pada tahun ini.

Namun perlu diketahui Hong Kong yang secara aktif berusaha meletakkan dirinya sebagai hab bagi firma aset digital telah melaksanakan rejim kawal selia untuk penyedia perkhidmatan aset maya pada Jun 2023.

Kini, Hong Kong telah meluluskan platform aset digital yang dikendalikan oleh HashKey Group dan OSL Digital Securities dan negara tersebut sebelum ini sudah pun membenarkan pelancaran ETF kripto berasaskan niaga hadapan.

Antaranya adalah Niaga Hadapan Bitcoin CSOP, Niaga Hadapan CSOP Ether dan Niaga Hadapan Bitcoin Samsung yang secara kolektifnya memegang aset sekitar $170 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat