Tergempar! Huobi Diarahkan Gantung Operasi Di Malaysia!

5,700

“Malang nasib Huobi, sejak kebelakangan ni asyik ditimpa masalah je.”

Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengambil tindakan terhadap Huobi Global Limited dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Leon Li atas kesalahan mengendalikan bursa aset digital (DAX) di Malaysia secara tidak berdaftar.

Diperjelaskan lebih lanjut, SC bukan sahaja mengarahkan Huobi menghentikan operasinya di Malaysia malah melumpuhkan laman web termasuk aplikasi mudah alih pada beberapa platform seperti Apple Store, Google Play dan sebagainya.

Selain itu, Huobi turut diarahkan untuk menghentikan pengedaran, penerbitan atau penghantaran sebarang iklan sama ada dalam e-mel di platform media sosial kepada para pelabur Malaysia.

Umum mengetahui bahawa SC memang sangat serius dalam perkara ini susulan mengendalikan DAX tanpa mendapatkan pendaftaran SC sebagai Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Oleh demikian, SC menggesa pelabur Malaysia yang menggunakan Huobi untuk segera menghentikan dagangan melalui platformnya, menarik semua pelaburannya dan menutup akaun mereka.

Hal ini kerana mereka yang melabur dengan entiti atau individu tidak berlesen mampu terdedah kepada risiko seperti penipuan susulan tidak dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia.

Dapat dijelaskan di sini, pelabur amat dinasihatkan untuk melabur atau berurusan bersama syarikat yang sudah berdaftar dengan SC susulan ia telah menjalani penelitian kawal selia serta mematuhi garis panduan yang ketat.

Sementara semua orang juga haruslah berhati-hati memilih platform pelaburan kerana dengan langkah berjaga-jaga ini, seseorang individu itu dapat melindungi pelaburan mereka serta mengelak daripada menjadi mangsa skim penipuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat