Tergempar!! Industri Game Akan Berganding Bahu Dengan Salah Sebuah Syarikat Crypto

741

PC Gamer merupakan sebuah syarikat pertama dunia dalam pengeluaran majalah permainan komputer. Pada minggu ini, syarikat tersebut telah mengumumkan untuk menjalinkan kerjasama dengan matawang crypto Enjin dan akan memperkenalkan Enjin coin kepada jutaan penggemar game.

Syarikat tersebut sudah 20 tahun mengendalikan permainan PC dengan menyiarkan maklumat tentang dunia-dunia game, perisian game sehingga kepada ulasan game.

Kerjasama antara kedua-dua belah pihak adalah bertujuan untuk menyebarkan informasi dan mewujudkan kesedaran tentang blockchain gaming kepada jutaan penggemar game di seluruh dunia.

Pada hujung minggu lepas, Enjin coin telah menjadi penaja video di PC Gamer Weekender di London. PC Gamer Weekender merupakan salah satu acara game paling besar bagi penggemar game.

Enjin Coin juga akan menyertai rancangan PC Gamer Stage sebagai rakan pengacara. Acara ini akan menghadirkan developer-developer untuk berdiskusi tentang game.

Pada tahun 2016, pasaran dunia game sahaja sudah bernilai 75 billion U.S. dollar. Di US sahaja, industri game dianggarkan telah menjana keuntungan sebanyak $17.69 billion pada tahun 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat