Tergempar! KDNK A.S Suku Ketiga Melonjak Di Luar Jangkaan, Namun Ada Yang Perlu Di Waspada?

451

Ekonomi A.S. berkembang pada kadar tahunan 2.6% dimana ia dilihat sangat tinggi pada suku ketiga dan membalikkan penurunan dua suku berturut-turut apabila peningkatan dalam eksport dan perbelanjaan pengguna mengimbangi penurunan dalam pelaburan perumahan.

Pertumbuhan ini sepatutnya dapat meyakinkan pelabur bahawa negara itu masih belum tersepit dalam kancah kemelesetan di tengah-tengah pengetatan keadaan kewangan oleh Rizab Persekutuan. Waima begitu, ia tidak bermakna risiko kelembapan telah berlalu.

Angka keluaran dalam negara kasar suku ketiga adalah jauh mendahului jangkaan. Ahli ekonomi yang ditinjau oleh FactSet menganggarkan bahawa ekonomi berkembang pada kadar tahunan 2% pada suku ketiga di tengah-tengah ramalan kejatuhan dalam defisit perdagangan akibat daripada import yang berkurangan. Peningkatan itu berikutan penurunan masing-masing sebanyak 0.6% dan 1.6% pada suku kedua dan pertama.

Menurut para pakar, perdagangan antarabangsa adalah sebab utama perubahan suku ketiga. “Perdagangan asing berkemungkinan memainkan peranan yang sangat besar dalam memacu pertumbuhan KDNK suku ketiga, kebanyakannya disebabkan oleh penurunan mendadak dalam import,” kata Ian Shepherdson, ketua ekonomi di Pantheon Macroeconomics.

Beliau berpandangan bahawa penghantaran barangan yang besar yang telah dipesan lebih awal semasa penularan pandemik itu mula berjalan lancar. Pada masa barang tersebut sampai, perbelanjaan pengguna tertumpu pada perkhidmatan. Inventori meningkat, dan beberapa peruncit memotong harga untuk mengosongkan rak. Akibatnya, import telah menjunam dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kata Sheperdson.

Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama didagangkan kukuh 0.60% kepada paras dagangan 110.200 susulan laporan KDNK.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat