Tergempar! PayPal Benarkan Penggunanya Berbelanja Guna Kripto!

1,056

Pada tahun lalu, syarikat gergasi Amerika Syarikat PayPal telah melancarkan perkhidmatan matawang kripto yang membolehkan pelanggan di Amerika Syarikat melabur dalam matawang kripto termasuk Bitcoin (BTC).

Pada hari ini, syarikat PayPal telah meningkatkan kapasiti perkhidmatan mereka dimana para pelanggan di Amerika Syarikat boleh melakukan pengeluaran barangan menggunakan kripto sebagai pilihan pembayaran.

Perkara ini dilihat sebagai satu perkembangan penting yang datang dari syarikat pembayaran bertujuan untuk meningkatkan penggunaan kripto dan pemilikan kripto. Pengumuman itu hadir dengan headline utama ‘ Checkout with Crypto’. Perkhidmatan tambahan ini akan mulai tersedia di PayPal wallet dan membolehkan pengguna menukarkan kripto menjadi matawang fiat tanpa kos tambahan.

Penganalisis dan pengamat industri kripto dapat membawa kepada realiti penggunaan kripto dalam perdagangan seharian kerana populariti syarikat PayPal dan penggunaan perkhidmatan PayPal dalam kalangan pemain industri.

Walaubagaimanapun, kelebihan itu hanya boleh dinikmati pengguna Amerika Syarikat buat sementara waktu ini. Setakat ini hanya 4 matawang kripto diterima pakai iaitu Bitcoin, Ethereum, Litecoin, dan Bitcoin Cash.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat