Tergempar! SEC Gugurkan Saman Punca XRP Meroket Tinggi!

873

“Wahhh berita yang sangat mengejutkan, adakah sekarang masanya untuk harga XRP tembus $1?”

Mata wang kripto XRP diasaskan oleh firma pembayaran blockchain Ripple Labs telah menggunung sehingga $0.53 apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) menggugurkan tuduhan yang dikenakan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Brad Garlinghouse dan pengasas Chris Larsen.

Ripple Labs berkata SEC telah mengundi untuk menolak dakwaan tersebut tanpa prejudis, jadi di sini dapat dilihat bahawa ia adalah kemenangan besar bagi firma itu yang sebelum ini juga berjaya memperoleh kemenangan apabila Hakim Analisa Torres memutuskan XRP bukanlah sekuriti.

Memang tidak dinafikan SEC telah menggugurkan dakwaan tersebut, tetapi Ripple Labs tetap berhasrat untuk tidak berputus asa dan berusaha dalam mendapatkan peraturan aset digital yang lebih jelas di Amerika Syarikat (AS).

Umum mengetahui bahawa SEC yang memperoleh beberapa kemenangan terhadap firma kripto pada masa lalu nampaknya tidak sama pada tahun ini susulan mereka kerap kali gagal.

Buktinya, status kawal selia XRP telah menyebabkan Grayscale Investments raih satu lagi kemenangan dalam usahanya untuk menukar produk Grayscale Bitcoin Trust (BGTC) kepada Bitcoin Exchange Traded Fund (ETF).

Aset digital seperti Cardano (ADA), Solana (SOL), Binance Coin (BNB) dan Polygon (MATIC) yang turut disasarkan oleh SEC boleh melihat impak positif susulan daripada berita terkini itu yang juga dapat mendorong kelulusan spot BTC ETF dipercepatkan.

Sehingga berita ini ditulis, harga XRP melonjak sebanyak 5.84% pada paras $0.51 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $27 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 6.46% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat