Tergempar! Syarikat MicroStrategy Inc Beli Lebih 19,000 Bitcoin Pada Hari Ini!

3,079

Syarikat MicroStartegy Inc yang merupakan pendukung Bitcoin dalam kalangan industri korporat baru sahaja mengumumkan bahawa pihak mereka membeli 19,452 bitcoin lagi yang bernilai hampir $ 1,03 bilion.

Saham MicroStrategy,yang merupakan antara syarikat terbesar dunia dalam sektor perniagaan dan perdagangan telah mencatat kenaikan saham sebanyak 8% sejak laporan ini diumumkan. Harga Bitcoin juga terus melonjak naik ke paras hampir $50,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Michael Saylor telah menjadi salah seorang penggemar kripto dan menyatakan sokongan penuh kepada Bitcoin. Bitcoin telah membuatkan beliau semakin teruja kerana nilainya terus meningkat.

Sebelum ini, MicroStrategy Inc dalam salah satu laporan melaporkan bahawa syarikat mereka akan mengeluarkan surat hutang yang akan mengumpulkan hampir $1 billion melalui penjualan instrumen itu dan menggunakan hasil tersebut untuk membeli lebih banyak bitcoin.

Syarikat tersebut memaklumkan bahawa ia akan meningkatkan hasil dan sebagai inisitatif untuk meningkat pelaburan dalam kripto. Sekarang syarikat telah memiliki hampir 90,531 bitcoin, yang diperoleh pada harga  purata pembelian sekitar $ 23,985 setiap bitcoin.

Harga Bitcoin kini telah melonjak ke paras harga $49,585 untuk satu Bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat