Tergempar – The Fed Umum Membuat Rombakan Dalam Polisi!

662

The Fed mengumumkan perubahan besar dalam polisi pada hari Khamis dan membuat penegasan bahawa perubahan polisi ini dipercayai akan mendorong pertumbuhan inflasi dengan lebih pantas bagi menyokong ekonomi dan pasaran buruh dengan lebih luas.

Pengerusi The Fed, Jerome Powell menyifatkan perubahan tersebut sebagai “pengemaskinian yang kukuh” daripada the Fed dan ia juga dipersetujui oleh bank pusat . Perubahan ini dijangka akan mendorong inflasi bertumbuh di atas sasaran 2% .

Dari sudut praktikal, langkah tersebut membawa maksud the Fed akan cenderung tidak meningkatkan kadar faedah apabila kadar pengangguran berkurangan selagi inflasi tidak meningkat. Para pakar ekonomi bank pusat secara tradtional berpendapat bahawa pengangguran yang rendah menyebabkan inflasi meningkat.

Ucapan Powell merincikan bahawa dasar baru tersebut adalah menandakan pergeseran dari pemikiran lama. Beliau berpendapat bahawa inflasi yang terlalu rendah secara berterusan dapat menimbulkan risiko yang berbahaya bagi ekonomi.

Sejak berakhirnya krisis kewangan, the Fed telah berusaha untuk mencapai sasaran inflasi 2%. Para pegawai the Fedh berharap bahawa pendekatan baru akan meningkatkan harapan pasaran dan meningkatkan inflasi.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat