Terima Kasih Elon Musk! Lepas Ni Dah Boleh Beli & Jual NFT Dengan Tweet Je

1,283

Platform media sosial Twitter mengumumkan kerjasama dengan empat platform jualan bagi membenarkan para pengguna membeli, menjual atau memaparkan non-fungible token (NFT) mereka secara langsung.

Empat rakan kongsi tersebut adalah Solana Magic Eden, pasaran multi-platform NFT protokol Rarible, Dapper Labs serta platform sports-centric Jump.trade.

Ia turut merangkumi beberapa rangkaian blockchain seperti Ethereum, Solana, Flow, Polygon, Tezos dan Immutable X.

Ringkasnya, NFT Tweet Tile membolehkan karya seni NFT dipaparkan dalam panel khusus dengan disertai butang untuk membenarkan pengguna mengklik melalui penyenaraian pasaran.

Ulas seorang wakil Twitter, ciri itu merupakan blockchain-agnostic yang akan menyokong rangkaian selagi pautan adalah daripada empat platform tersebut.

Tambahnya lagi, ujian sedang dijalankan ke atas ciri itu di mana pengguna Twitter yang terpilih akan dapat melihat pembaharuan tersebut.

Sebagai rekod, Twitter sebelum ini menyokong NFT sebagai gambar profil melalui perkhidmatan langganan Twitter Blue pada bulan Januari, namun buat masa sekarang ia hanya memberi sokongan penuh kepada Ethereum NFT.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat