Terima Kasih Fed, Dolar Loonie Sambung Meroket!

223

Dolar Kanada didagangkan paling kuat pada Khamis selepas meraih sokongan daripada dagangan US dolar yang lemah, walaupun setelah diperlihatkan dengan bacaan data inflasi Kanada yang kurang memberangsangkan.

Indeks harga pengguna Kanada mencatatkan pertumbuhan yang perlahan pada bulan Jun, dengan meningkat 0.3% daripada 0.5% yang dicatatkan sebelum ini, dan lebih rendah dari jangkaan untuk kenaikan 0.4%.

Sementara secara tahunan pula, kadar inflasi dilaporkan meningkat 3.1% pada bulan lalu, tetapi beberapa penganalisis menganggap perlambatan ini mungkin hanya sementara.

Dalam pada itu, peningkatan loonie turut disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah yang meningkat lebih tinggi selepas menyaksikan data bekalan minyak mentah AS jatuh dengan ketara pada minggu lepas.

Selain itu, kenyataan Federal Reserve susulan mesyuarat polisi pada awal pagi tadi yang telah mendorong kelemahan greenback turut mendukung dagangan dolar loonie untuk mengukuhkan momentum.

Ini membawa dolar Kanada untuk didagangkan 0.3% lebih tinggi berbanding greenback, dengan diniagakan di sekitar harga 1.2485.

Sementara hasil bon kerajaan Kanada juga mencatat peningkatan lebih tinggi, dengan hasil 5 tahun meningkat pada 0.78% dan hasil 10 tahun pula naik pada 1.17%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat