Terima Kasih Fed, USD Lompat Lebih Jauh!

321

Raja mata wang US dolar mendaki ke paras tertinggi satu bulan, disokong oleh kenyataan beberapa pembuat dasar Federal Reserve (Fed) mengenai keperluan untuk menaikkan kadar faedah selanjutnya untuk mengawal inflasi yang tinggi.

Presiden Fed St Louis, James Bullard berkata beliau cenderung untuk menyokong kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas buat kali ketiga berturut-turut pada bulan September.

Sementara, Presiden Fed San Francisco, Mary Daly pula memberitahu kenaikan sebanyak 50 atau 75 mata asas pada bulan depan adalah wajar untuk mendapatkan kadar berada sedikit di atas 3% menjelang akhir tahun ini dan lebih tinggi pada 2023.

US dolar sebelum ini telah menokok tinggi selepas laporan minit mesyuarat FOMC dikeluarkan di mana para pembuat dasar menyatakan keperluan untuk kenaikan selanjutnya tetapi keputusan tersebut bergantung pada data yang akan dikeluarkan.

Walaupun kedengaran kurang hawkish, kenyataan daripada beberapa pembuat dasar kembali menyokong pandangan bahawa bank pusat itu akan meneruskan kenaikan kadar faedah sehingga inflasi turun dengan ketara.

Meneliti pergerakan mata wang Eropah, euro susut lebih rendah dengan pergerakan kembali menuju kepada harga pariti (€1=$1) pada sesi Asia.

Dagangan pound juga parah, menyaksikan mata wang itu didagangkan di bawah paras harga 1.2000 berbanding US dolar.

Mata wang berkaitan komoditi, dolar Aussie, New Zealand dan Kanada juga tergelincir lebih jauh ke paras terlemah satu bulan berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat