Terima Kasih Vaksin! Saham Pfizer Dijual Pada Nilai Hampir $5.6 Juta

844

Pfizer pada Isnin dilaporkan telah menjual saham bernilai hampir $5.6 juta ketika mereka turut mengumumkan keberkesanan vaksin, yang membawa kepada lonjakan saham.

Khabar vaksin yang dibangunkan Pfizer dan BioNTech didapati 90% berkesan telah membawa kepada lonjakan saham Pfizer sehingga 15%.

CEO Pfizer, Albert Bourla menjual 132,508 saham yang bernilai sekitar $41.29 sesaham dengan jumlah keseluruhannya bernilai hampir $5.6 juta. Ia merupakan sebahagian daripada rancangan perniagaan 10b5-1.

Jualan tersebut merangkumi 61.8% saham yang dimiliki Bourla adalah saham secara langsung dan tidak langsung. Bourla juga dilaporkan memiliki saham Pfizer 9 kali lebih tinggi berbanding pendapatannya iaitu $1.65 juta selepas jualan saham itu.

Eksekutif Pfizer itu juga bukan individu pertama yang memperoleh keuntungan saham syarikat sepanjang wabak COVID-19.

Lima eksekutif penting di Moderna, satu lagi firma yang turut mengeluarkan vaksin telah menjual saham bernilai lebih lebih $80 juta ekoran daripada lonjakan saham firma melepasi 300% sejak awal Januari 2020.

Berbeza pula bagi saham Pfizer yang susut lebih daripada 2% sepanjang pandemik sejak 1 Januari. Tidak dijelaskan berapa keuntungan yang diperoleh menerusi pembangunan vaksin.

Melihat fenomena itu, pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Jay Clayton telah memberi amaran kepada barisan eksekutif untuk tidak menjual saham ketika ketidakpastian berlaku sepanjang pandemik kerana akan membawa kepada kesan negatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat