Terima Padah, China Hentikan Pembelian Beberapa Barang Import Amerika

1,322

Pasaran sesi Eropah menyaksikan dagangan matawang berisiko terus diniagakan meningkat berbanding US dolar ketika para pelabur melihat tanda-tanda positif dalam pemulihan ekonomi di China dan keredaan dalam ketegangan antara dua ekonomi gergasi dunia.

Dolar Aussie selaku matawang sensitif perdagangan, melonjak menghampiri ke paras ketinggian empat bulan pada sesi Eropah, sekali gus meletakkan US dolar ke paras terendah 11 minggu berbanding matawang utama.

Pelabur menarik nafas lega setelah kenyataan Presiden Donald Trump lalu tidak menyebabkan impak yang ketara kepada hubungan perdagangannya dengan China, di mana beliau hanya mengancam akan melucutkan status istimewa Hong Kong.

Tambahan daripada itu, bacaan data PMI pembuatan China Caixin yang memberangsangkan turut mengangkat sentimen pasaran dengan membawa keyakinan terhadap pemulihan ekonomi di negara itu setelah dilanda krisis pandemik coronavirus.

Dolar kiwi turut menokok hampir 1% berbanding US dolar susulan penerbitan data China, seterusnya mendorong peningkatan matawang itu ke paras ketinggian tiga bulan pada 0.6247.

Bagaimanapun, pengukuhan yang diraih oleh kedua-dua matawang tersebut tidak kekal lama setelah Bloomberg melaporkan bahawa China akan menghentikan beberapa barangan pertanian import dari Amerika Syarikat.

Laporan itu mengatakan bahawa kerajaan China telah memberitahu firma pertanian utama kerajaan untuk menghentikan pembelian beberapa barang pertanian Amerika, termasuk kacang soya.

Bukan itu sahaja, malah, pembeli China juga dikatakan telah membatalkan beberapa pesanan ke atas daging babi dari AS meskipun firma dari sektor swasta masih belum dimaklumkan lagi untuk menghentikannya oleh kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat