Terjunan Yang dibuat Oleh Pound Ini Benar-Benar Memeranjatkan!

76

Pound menjunam di bawah $1.27 untuk kali yang pertama sejak Jun 1985 berikutan kebimbangan yang semakin menebal terhadap ‘hard Brexit’.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Sterling juga berada di bawah tekanan kerana pemisahan UK daripada blok tersebut dikhuatiri bakal membawa impak yang negatif terhadap syarikat- syarikat global.

Sterling jatuh ke parah tercorot dalam tempoh 31 tahun sebelum kembali pulih kepada $1,2720.

Bagaimana pun, data pembelian pengurus bagi sektor pembinaan dan pembuatan membawa sedikit harapan cerah bagi minggu ini.

Menurut laporan oleh Firma Perunding Oliver Wyman, industri kewangan Britain bakal kehilangan sehingga 38 billion Pound ($48.3 billion) setelah Britain kehilangan akses terhad terhadap pasaran tunggal terbabit.

Dalam masa yang sama, Bank Perancis berpendapat bahawa data PMI UK tidak akan memberi apa-apa kesan kepada matawang walaupun data yang dikeluarkan positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat