Terkejut Dengan Lonjakan Stok AS, Harga Minyak Menjunam

391

Harga minyak jatuh lebih rendah selepas dikejutkan dengan bacaan data yang tanpa dijangka menunjukkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap permintaan bahan bakar.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan rendah di sekitar harga $70.63 setong, selepas menjunam 2.8% pada sesi sebelum ini.

Sementara dagangan minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula diniagakan suram pada $68.42 setong, selepas jatuh 3.4% susulan pengeluaran data tersebut.

Ini merupakan paras terendah untuk kedua-dua penanda aras sejak 20 Julai.

Data rasmi daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS melaporkan bekalan minyak mentah meningkat sebanyak 3.6 juta tong pada minggu lepas, yang merupakan kenaikan terbesar sejak minggu pertama Mei.

Kebangkitan semula coronavirus di beberapa negara utama turut memberi tekanan buat dagangan komoditi hitam itu, ketika China memperketatkan lagi sekatan perjalanan untuk membendung penularan.

Ini membuatkan pelabur bimbang bahawa permintaan terhadap bahan bakar global akan terjejas sekiranya lebih banyak lagi sekatan dilaksanakan dan kes coronavirus terus meningkat.

Bagaimanapun, ketegangan di Timur Tengah sedikit sebanyak membantu harga minyak dari jatuh lebih rendah. AS, UK, Israel menyalahkan Iran atas serangan ke atas kapal tangki Asphat Princess pada minggu lalu, walaupun telah dinafikan oleh Tehran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat