Terkini! Bitcoin Pecah Rekod Melebihi $ 20,000!

1,329

Bitcoin berjaya melonjak melepasi paras harga $20,000 untuk pertama kali pada hari Rabu iaitu antara paras tertinggi sejak itu.

Matawang crypto itu mencatat peningkatan sebanyak 4.5% ke paras harga setinggi $ 20,440 seunit. Bitcoin telah mencatat lebih dari 170% keuntungan pada tahun ini yang didorong oleh permintaan dari pelabur yang semakin meningkat kerana potensi yang ditawarkan oleh Bitcoin. Selain itu, para pelabur berpendapat bahawa Bitcoin dapat membendung inflasi dan memiliki potensi menjadi kaedah pembayaran mainstream.

Permintaan terhadap bitcoin semakin tinggi sejak tercetusnya wabak Covid-19 yang memberi impak besar terhadap pelbagai sektor ekonomi. Para pelabur memilih crypto sebagai ‘safe haven’.

Pada bulan lepas, PayPal mengumumkan bahawa pihak mereka sedang merancang untuk melancarkan perkhidmatan crypto untuk pengguna platformnya di seluruh dunia. Bersama dengan aplikasi Venmo, syarikat gergasi tersebut akan meneroka matawang digital/crypto bank pusat.

Eksekutif kanan PayPal telah mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai rancangan mereka untuk memasuki sektor crypto secara agresif pada tahun hadapan dan ia akan menyokong matawang crypto bank pusat.

Pengguna yang berminat dengan perkhidmatan kripto yang ditawarkan digital wallet PayPal, servis itu akan dibuka sepenuhnya pada awal 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat