Terkini: Data Petunjuk Kepada NFP Jumaat Ini, Melonjak!

52

Data ADP non-farm payroll yang dikeluarkan sebentar tadi mencatatkan tambahan di luar jangkaan sebanyak 289,000 pekerjaan baru dalam sektor swasta. Data ini lebih daripada jangkaan sebanyak 184,000 dan data bulan sebelum iaitu 261,000. Data kali ini juga merupakan bacaan tertinggi sejak Mac 2006.

Tambahan lagi, ekonomi juga mencipta sebanyak 261,000 pekerjaan pada Januari yang telah dikaji semula dari bacaan asal iaitu 246,000.

ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja dalam negara US yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc).

Data kali ini melonjakkan keyakinan kepada pasaran buruh US sebelum pengumuman data NFP pada Jumaat.

Sejurus sahaja data ini dikeluarkan, pasaran memberikan respon yang signifikan dengan US dolar dilihat menguat berbanding matawang utama dunia yang lain. Eur/Usd melemah dan mencatatkan kejatuhan 23 pip setakat pada masa artikel ini ditulis, dengan Usd/Jpy menguat hampir 50 pip sebentar tadi.

Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 10 Mac ini, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan Februari akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran. Data NFP juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk bagi kenaikan kadar pada minggu depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat