Terkini!! Samsung Baru Sahaja Melancarkan Telefon Pintar Terbaru Galaxy S9 dan S9+

711

Pada 26/2/2018, Samsung telah membuat kejutan di Mobile World Congress 2018 dengan melancarkan model terbaru telefon android mereka iaitu Samsung Galaxy S9.

CEO Samsung Mobile, DJ Koh mengatakan, berdasarkan data pada tahun 2017 terdapat berbillion gambar dan video yang ditangkap dan direkod. Berjuta-juta emoji dikongsi melalui telefor pintar. Hal ini menunjukkan bagaimana perhubungan secara visual melalui telefon pintar mula mengambil tempat dalam kehidupan seharian kita.

Dengan ini ”kami hadirkan kepada anda Galaxy S9 dan S9+,” kata DJ KoH

Samsung Galaxy S9 hadir dengan skrin QuadHD+ curved super AMOLED 18.5:9  yang berukuran 5.8-inci. Manakala Galaxy S9+ hadir dengan format yang sama namun skrin yang lebih besar iaitu 6.2 inci. Kedua-duanya menggunakan chip Exynos 9810. Chip Exynos dikatakan lebih pantas berbanding versi chip Snapdragon.

Galaxy S9 memilik 4 GB RAM dan 64 GB memori, namun Galaxy S9+ lebih garang, ia hadir dengan kapasiti RAM dan memori sebanyak 6 GB/256 GB. Jika masih tidak cukup, pengguna boleh menambah kapasiti dengan menggunakan microSD sehingga 400 GB.

Galaxy S9 dan Galaxy S9+ lengkap dengan kamera 12 megapixel dan sistem yang dapat membezakan terang atau gelap. Ia memiliki 2 apertur f2.4 dan f1.5. Telefon pintar ini mampu menghasilkan gambar dalam kondisi gelap dan terang.

Telefon pintar ini juga memliki kelengkapan lain yang memboleh pengguna merekod video dalam keadaan “super slow-motion” dengan kadar frame 960 fps pada resolusi 720p atau 240 fps pada resolusi 1080p.

Sistem Audio Galaxy S9 dan S9+ dilengkapi dengan buatan AKG dan Dolby Atmos. Dalam masa yang sama Samsung masih mengekalkan earphone 3.5 mm

Yang paling best dan unik ditawarkan oleh Galaxy S9 dan Galaxy S9+ ialah telefon ini datang dengan emoji AR yang lebih realistik dan pengguna dapat mencipta emoji dengan menggunakan wajah sendiri.

Dijangkakan Samsung bakal memasarkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ pada pertengahan bulan Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat