Terlepas Daripada Semua Pendakwaan, Donald Trump Tidak Dipecat!

531

Senat Amerika Syarikat pada Rabu telah memutuskan untuk melepaskan Presiden Donald Trump daripada dua pendakwaan ke atasnya membabitkan kes penyalahgunaan kuasa dan menghalang tugas Kongres.

Setelah dua minggu perbicaraan ke atas Trump dijalankan, seramai 52 ahli Senat bersetuju untuk membebaskan beliau daripada tuduhan kes penyalahgunaan kuasa sementara 48 lagi tidak bersetuju.

Bagi pertuduhan menghalang tugas Kongres pula, seramai 53 ahli bersetuju untuk melepaskannya manakala 47 lagi tidak bersetuju.

Dengan memperoleh 2/3 undian majoriti, Trump dibebaskan dari pendakwaan ke atasnya dan tidak akan disingkirkan daripada jawatannya sebagai presiden.

Beliau merupakan presiden ketiga dalam sejarah Amerika Syarikat yang berdepan dengan pemecatan dan terlepas daripada pendakwaan.

Sementara itu, menurut seorang pegawai kanan pentadbiran, Trump dikatakan menonton pengundian itu bersama pembantu utamanya di ruang makan White House.

Melalui laman twitternya, Trump memberitahu bahawa beliau akan membuat satu kenyataan mengenai pembebasannya pada hari ini.

Perkara ini sememangnya dijangkakan lebih awal memandangkan majoriti kuasa di Senat dipegang oleh parti Republikan pimpinan Trump, malah semua permohonan untuk mendapatkan keterangan saksi dalam perbicaraan juga ditolak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat