Terlupa Kata Laluan Wallet Bitcoin, Lelaki Ini Bakal Kehilangan Lebih $260 Juta!

3,757

Seorang programmer berkelahiran German, Stefan Thomas kini memiliki baki dua lagi percubaan log masuk sebelum berputih mata kehilangan lebih $220 juta.

Bekas Ketua Eksekutif Teknologi Ripple itu dilaporkan terlupa katalaluan hard drive, IronKey yang memiliki kunci peribadi bagi wallet kriptonya yang menyimpan sebanyak 7,002 Bitcoin (BTC).

Berdasarkan harga BTC pada hari ini yang mencecah $37,415 per syiling, menjadikan keseluruhan jumlah yang terkumpul mencecah $261.9 juta!

Menceritakan nasibnya kepada The New York Times, Thomas menulis katalaluan tersebut pada sekeping kertas sebelum kehilangan catatan itu.

Pengguna IronKey diberi peluang sebanyak 10 percubaan sebelum terkunci untuk selamanya jika gagal berturut-turut.

Dengan lapan percubaan, nampaknya Thomas menemui jalan buntu dengan hanya dua peluang sahaja lagi yang tinggal.

Menerusi kicauan di laman Twitter, Thomas menyifatkan insiden ini sebagai “kenangan yang menyakitkan” dan meminta para pelabur kripto belajar dari kesilapannya daripada menanggung penyesalan selama-lamanya.

Setakat hari ini, dianggarkan sekitar 20% aset Bitcoin tersimpan di wallet yang tidak diakses, membawa jumlah keseluruhan lebih $140 bilion.

Susulan daripada khabar ini, pengasas Ethereum (ETH) Vitalik Buterin mencadangkan social recovery wallets bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat