Terpaling Kaya! Apple Capai Nilai Pasaran US$3 Trilion

383

Apple kini syarikat paling bernilai di dunia.

Apple Inc akhirnya mencapai nilai pasaran saham US$3 trilion atau RM12.52 trilion dan secara langsung menjadi syarikat pertama dunia yang mencapai paras 3 trilion dolar.

Pada hari pertama sesi dagangan 2022, syarikat pembuat iPhone tersebut mencapai rekod seharian tertinggi pada US$182.88 sekaligus mencapai nilai pasaran US$3 trilion.

Apple kini mengatasi Microsoft Corp, Alphabet Inc, Amazon.com dan Tesla Inc yang masih berada pada nilai pasaran melebihi US$2 trilion.

Sejarah ringkas Apple bermula apabila bekas Pegawai eksekutif, Steve Jobs melancarkan iPhone pertama pada Januari 2007 dan sahamnya meningkat sebanyak 5,800% sehingga kini.

Sebagai perbandingan, S&P 500 hanya mencatat keuntungan 230% dari tahun 2007 sehingga kini.

Kemudian, Tim Cook mengambil alih selepas kematian mengejut Steve Job dan membantu Apple melonjak lebih lagi dengan pendapatan daripada perkhidmatan seperti video penstriman dan muzik.

Dalam pada itu, saham Apple ditutup sedikit rendah pada hari ia mencatatkan nilai pasaran US$3 trilion namun pelabur kekal optimis terhadap syarikat iPhone tersebut yang bakal melancarkan lebih banyak produk baharu seperti kereta automatik dan realiti maya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat