Terra Berdepan Dengan Hard Fork, LUNA kini Menjadi Luna Classic (LUNC)

3,525

Hari minggu menyaksikan pelbagai drama berkaitan Terra. Berikut rincian apa yang berlaku terhadap koin natifnya, LUNA dan stablecoin, UST.

  • UST, projek yang gagal
    • Pada Sabtu, CEO Terra – Do Kwon membuat pengakuan projek stablecoin, UST adalah satu kegagalan terbesar.
    • Jelasnya kecairan LUNA terlalu tinggi menyebabkan ekosistemnya dengan UST tidak boleh dibina semula.
    • Sebagai rekod, LUNA telah mencatatkan penyusutan hampir 100% dari paras tertinggi harian $88 pada 5 Mei kepada $0.0002026 ketika artikel ini ditulis.
    • Manakala UST telah runtuh dari ikatan dolar AS dari $1 pada 9 Mei kepada $0.127 dengan penyusutan 89%.
  • Hard fork Terra
    • Menerusi ciapan terbaharu di laman Twitter semalam, Kwon mendedahkan Terra akan berdepan dengan hard fork untuk kekalkan kewujudan rangkaian itu dalam ruang kripto.
    • Melalui hard fork, Terra akan dipecahkan kepada:
      1. Terra ‘baharu’ – hadir dengan koin baharu, LUNA
      2. Rangkaian terdahulu – Terra Classic bersama sokongan koin LUNA yang menjadi Luna Classic (LUNC).
    • Difahamkan LUNA baharu akan diedarkan melalui airdrop kepada semua pemegang dan stakers Luna Classic, termasuk pemegang UST dan pembangun aplikasi di Terra Classic.
    • Usaha ini bertujuan untuk menjadikan Terra sebagai sebuah rangkaian yang dimiliki komuniti dengan sasaran kadar inflasi sebanyak 7% melalui ganjaran staking.
  • Ganti rugi untuk komuniti Terra
    • Kwon juga mengusulkan cadangan penghasilan LUNA terhad sebanyak 1 bilion.
    • Menurutnya, suku daripada jumlah tersebut akan dimasukkan ke dalam community pooldi Terra, 5% pula kepada pembangun, 35% kepada wallet yang memiliki LUNA sebelum insiden keruntuhan Terra Classic, 10% kepada pemegang LUNA semasa pelancaran Terra, dan 25% pula kepada pemegang UST.
    • Kwon masih lagi berusaha untuk bekerjasama dengan pertukaran kripto untuk mengadakan airdrop kepada pemegang LUNA di platform- platform tersebut.
    • Terraform Labs terkecuali daripada usaha ini.

Hard fork merujuk kepada situasi untuk sesebuah blockchain berpecah kepada dua, membawa haluan masing-masing tetapi masih beroperasi secara serentak walaupun sudah berbeza.

Pembaca Intraday boleh rujuk artikel ini: Asas Kripto: Apa Itu Hard Fork & Soft Fork?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat