Terra Classic Ada Naik Taraf Utama, LUNC & USTC Sedia Mengganas!

558

“Semua orang sebelum ni mesti pandang rendah dengan LUNC & USTC kan?”

Setelah pembangun utama L1TF memutuskan menukar cadangan diluluskan, komuniti Terra Luna Classic sedang bersiap sedia dalam melakukan naik taraf lain selepas menerima 100% sokongan undian daripada validator dan pemegang LUNC termasuk USTC.

Cadangan 11890 yang merupakan naik taraf v2.3.2 telah menyasarkan penggunaan dalam rantaian klien tetrad* termasuk membetulkan isu kritikal ketidakpadanan urutan yang menjejaskan sesetengah validator semasa pengeditan komisen dyncomm.

*Pemimpin yang dipercayai dalam mereka bentuk, melaksanakan dan memacu transformasi digital

Memang tidak dinafikan komuniti telah meluluskan cadangan Sequence Mismatch Issue, tetapi validator dan pembangun utama L1TF memutuskan untuk menukarkan pada cadangan naik taraf dan ini telah menjadikan proses lebih mudah untuk validator.

Hal ini kerana rantaian terhenti secara automatik yang membenarkan validator dan pengendali dapat melakukan naik taraf dengan lebih mudah.

Jadi di sini dapat dilihat cadangan itu menerima 100 undian “Ya” daripada komuniti Terra Luna Classic susulan 28 validator yang mengambil bahagian telah mengundi “Ya” termasuk validator teratas seperti Interstellar Lunge, Luna Station 88, StakeBin dan lain-lain.

Rentetan itu, LUNC dan USTC masing-masing berjaya meningkat 85% dan 350% pada bulan ini kemudian pedagang menjangkakan beberapa profit booking pada akhir bulan ini susulan daripada volum dagangan lebih rendah dan mekanisme pembakaran Binance.

Ditambah pula terdapat Mint Cash dan Binance yang melancarkan kontrak kekal USTC dan pasangan dagangan USTC baharu yang mendorong harganya untuk melonjak lebih tinggi daripada paras semasanya.

Sehingga berita ini ditulis, harga USTC jatuh semula sebanyak 1.90% pada paras $0.052 dalam tempoh 24 jam lalu tetapi tetap mencatatkan kenaikan 292.77% sepanjang minggu lepas manakala LUNC pula naik 0.03% pada paras $0.00011 dalam masa sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat