Terra Classic (LUNC) Sudah Mula Beri Reaksi!

176

Para komuniti mahupun pelabur Terra Classic (LUNC) meletakkan keyakinan bahawa nilai token itu bakal mendaki tinggi pada bulan Disember susulan pembangun dan validator telah mengutarakan pelbagai cadangan memberangsangkan yang mampu memulihkan harganya kembali.

Perkembangan terbaharu, Terra Rebels telah memperkenalkan peningkatan v23 selepas Terra Classic v22 agar dapat membenarkan komunikasi inter-blockchain (IBC)* antara blockchain Cosmos serta ekosistem LUNC.

*Protokol sumber terbuka yang digunakan untuk menyampaikan mesej antara distributed ledger, memautkan blockchain kepada yang lain.

Menurut Edward Kim, pembangun utama dan pengarah program Yayasan Terra Grants (TGF) mengungkapkan bahawa para komuniti bakal dikejutkan dengan pelbagai berita gembira ekoran terdapat beberapa projek baharu pada rangkaian yang akan dilaksanakan selepas peningkatan v23.

Tambahnya lagi, cadangannya dalam mendayakan semula tiga saluran IBC bagi rantaian berasaskan Cosmos Osmosis, Crescent dan Juno dikatakan telah mendapat kelulusan dalam tempoh 9 jam sahaja.

Oleh demikian, pemaju akan membuka semula saluran IBC di blok 10,542,500 pada 5 Disember bagi membolehkan aset yang terperangkap pada Osmosis dapat mengalir keluar melalui saluran tersebut.

Sementara itu, Edward Kim turut menyerahkan Proposal 10946 bagi membahagikan 750 juta token LUNC kepada pemaju dan pengesah yang berhasrat menyokong LUNC.

Manakala komuniti pula yakin bahawa harga LUNC akan mendaki tinggi dalam masa terdekat ini susulan keseluruhan pembaharuan tersebut mampu meningkatkan utilitinya dan tidak dilupakan juga Binance yang akan membakar 20 hingga 25 bilion token LUNC pada 2 Disember.

Setakat penulisan ini, harga LUNC berlegar-legar pada zon $0.0001557 dalam tempoh 24 jam lalu dengan kadar pembakaran harian melebihi 402 juta token setiap hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat