Terra (LUNA) ‘Strike’ 2x ATH, Buka Tirai Disember 2021

302

Baru dua hari memasuki Disember, Terra (LUNA) mencatatkan dua kali rekod tertinggi sepanjang masa (ATH).

Sekitar jam 12 tengahari tadi, LUNA tembus ATH ke paras harga $65.41 meningkat hampir 5% dalam 24 jam sebelum kembali susut didagangkan pada $62.15 ketika artikel ini ditulis.

Berdasarkan pemerhatian, LUNA pamerkan pergerakan yang bullish sejak 27 November. Ketika itu LUNA didagangkan pada $41.05, menjadikan lonjakan kumulatifnya hampir 61%.

Ini khabar baik untuk pelabur LUNA:

  • Penambahbaikan Columbus-5 pada Oktober merupakan rekabentuk terbaru yang membolehkan LUNA dibakar mengikut jumlah UST yang dihasilkan atau dilombong.
    • Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 94 juta LUNA telah dibakar.
  • Platform pinjaman desentralisasi, Abracadabra.Money lancarkan produk penjanaan hasil untuk token Degenbox.
    • Penggunanya boleh deposit UST sebagai kolateral untuk dapatkan hasil.
  • Lockdrop daripada protokol pertukaran Astroport pada 6 Disember.
    • Pengguna berpeluang untuk mengunci (lock) LUNA untuk dapatkan token ASTRO yang belum dilancarkan.
  • Integrasi antara Terra dengan platform Fantom membolehkan pemindahan UST di antara dua rangkaian ini.
    • Pengguna boleh menggunakan Anyswap Network bermula hari ini waktu Malaysia.
  • Pelancaran Angel Community Farming Event di Apollo DAO pada hari ini turut memainkan peranan.
    • Pengguna boleh dapatkan token HALO melalui deposit UST ke dalam Angel Vaults dan program ini akan berjalan sehingga 60,000,000 juta HALO dituai (farmed). Dijangka selesai pada 18 Disember 2021.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat