Terra (LUNA) ‘Terbang’ Lagi! Bakal Tembus $100 Pada 2022?

368

Terra (LUNA) terus mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa dengan rekod jumlah nilai terkunci (TVL) melepasi $17.2 bilion ketika artikel ini ditulis.

Secara tidak langsung, rekod terbaru ini meletakkan Terra di atas kedudukan Binance Smart Chain (BSC) yang cuma mencatatkan TVL sebanyak $16.43 bilion.

Berdasarkan pemerhatian di DeFi Llama, TVL Terra telah meningkat hampir 7% dalam 24 jam.

Walaupun masih jauh untuk mengejar prestasi TVL Ethereum yang bernilai $149.39 bilion, tidak mustahil untuk Terra terus berkembang dengan ruang yang ada.

Prestasi LUNA pula pada hari ini sangat mengujakan dengan nilai dagangan semasa, $79 meningkat 7% dalam 24 jam.

Sejak merekodkan harga terendah harian, $51.82 pada 14 Disember, LUNA melonjak lebih 54% selepas menyentuh nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $80 pada awal pagi tadi.

Ketika penulisan, LUNA mencatatkan harga dagangan $78.11, meningkat hampir 20% dalam 24 jam.

Secara tidak langsung LUNA telah mengatasi kedudukan Avalanche (AVAX) dan Polkadot (DOT), menjadi aset kripto ke-9 terbesar.

Faktor kepada lonjakan harga yang mendadak ini dapat dilihat apabila permintaan tinggi terhadap stablecoin TerraUSD (UST), sekaligus mendorong pembakaran LUNA yang lebih cepat.

Pada masa yang sama ini juga akan membuka ruang permintaan tinggi untuk LUNA. Adakah ini merupakan isyarat LUNA akan tembus $100 pada 2022?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat