Tersentak Pelabur Dengan Lonjakan GBP/USD Tembusi $1.4200!

641

Pound Sterling mengejutkan pasaran sesi Asia pada Rabu apabila melonjak ke paras tertinggi terbaru melepasi paras $1.4200 menyambung trend kenaikan sejak beberapa minggu.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah meneruskan kenaikan pada minggu ini ini selepas menembusi paras 1.4000 yang turut disokong oleh penyusutan pada mata wang US dolar.

Pelabur semakin optimis terhadap pemulihan ekonomi UK apabila Perdana Menteri Boris Johnson membentangkan rancangan untuk menghapuskan sekatan pergerakan yang akan dijalankan secara 4 peringkat.

Pada sesi Eropah semalam, laporan data pekerjaan UK menjadi tumpuan namun harga tidak memberi reaksi ketara susulan laporan diterbitkan.

Walaupun kadar pengangguran meningkat, namun tuntutan pengangguran serta indeks purata pendapatan di UK mencatatkan bacaan yang positif.

Harga pada carta GBP/USD kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat trend bullish harga masih dikekalkan.

Kenaikan harga dijangka akan menuju ke paras ketinggian terbaru pada 1.43000 untuk menguji paras rintangan pada dagangan April 2018 lalu.

Menuju ke sesi Eropah, pergerakan harga mula susut sedikit dari paras 1.42000 namun dijangka harga akan meneruskan kembali kenaikan dengan momentum yang kukuh di sesi Asia.

Sekiranya harga membuat kenaikan semula, paras 1.41000 dan paras sokongan MA50 akan diuji bagi menghalang kejatuhan lebih rendah harga.

Penurunan lebih rendah bakal memberikan isyarat awal trend bearish untuk bermula sebelum paras 1.40000 pula diuji.

Seterusnya zon RBS (resistance become support) 1.38300 akan kembali menjadi sasaran harga pada penurunan yang diteruskan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat