Tertanya-tanya Kenapa Dolar New Zealand Mencanak? Ini Sebabnya!

396

Pengukuhan berterusan dalam pasaran buruh New Zealand telah memberi sokongan buat dagangan dolar kiwi untuk melonjak tinggi pada sesi Asia.

Terbaru, data daripada Statistik New Zealand mendedahkan bahawa kadar pengangguran di negara itu kekal stabil pada 3.4% pada suku pertama, berbanding jangkaan untuk meningkat kepada 3.5%.

Selain itu, pertambahan pekerjaan juga menunjukkan peningkatan 0.8% pada suku lepas, lebih baik daripada jangkaan untuk kekal dengan kenaikan 0.5% seperti suku sebelumnya.

Ekoran daripada itu, ia menyokong jangkaan bahawa bank pusat akan meneruskan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi yang bakal berlangsung akhir bulan ini.

Pada mesyuarat terdahulu, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah mengejutkan pasaran dengan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas, tersasar daripada jangkaan untuk kenaikan hanya 25 mata asas.

Ketika penulisan, dolar New Zealand didagangkan meningkat pada sekitar harga 0.6240 berbanding US dolar.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat