Terus Melambung Tinggi, Inflasi UK Cecah 9.4% Pada Bulan Jun

416

Inflasi UK masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mereda dengan terus mencatat rekod tertinggi 40 tahun baharu pada bulan Jun.

Pejabat Perangkaan Nasional (ONS) melaporkan indeks harga pengguna (CPI) UK meningkat kepada 9.4% secara asas tahunan pada Jun, melebihi jangkaan pasaran untuk peningkatan 9.3%.

Angka yang dicatatkan juga meningkat daripada 9.1% yang direkodkan pada bulan Mei, menjadikannya kadar tertinggi baharu sejak 1982.

Peningkatan ini didorong oleh harga petrol yang meningkat mencecah rekod 42.3% tahun ke tahun dan harga makanan yang melonjak hampir 10%.

Harga yang dibayar oleh kilang British untuk bahan dan tenaga (penentu utama harga yang kemudiannya dibayar pengguna di kedai) adalah 24.0% lebih tinggi pada Jun berbanding setahun sebelumnya, peningkatan terbesar sejak rekod ini bermula pada 1985, menurut ONS.

Sementara itu, inflasi teras (tidak termasuk harga makanan dan kos tenaga) sedikit berkurang kepada 5.8% tahun ke tahun berbanding 5.9% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Kenaikan ini dilihat akan menguatkan lagi alasan buat Bank of England (BOE) bertindak lebih agresif selepas Gabenor Andrew Bailey memberitahu pada Selasa bahawa mereka akan mempertimbangkan kenaikan 50 mata asas dalam kadar faedah pada mesyuarat polisi bulan depan jika inflasi terus meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat