Tesla Caj Bateri, Kata-Kata Hikmat Elon Musk Buatkan Pelabur Membeli

201

‘Mulut manis Musk dilihat berjaya menyelamatkan syarikat dari ambang keruntuhan.’

Di sebalik tumpuan berat sebelah diberikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Elon Musk kepada Twitter Inc berbanding Tesla, beliau dilihat masih tidak mengabaikan sepenuhnya ‘lubuk emasnya’.

Dalam satu emel yang dihantar kepada pekerja, Musk mengulangi kepercayaan terhadap potensi Tesla untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia dan meminta semua orang untuk mengabaikan ketidaktentuan pasaran.

Beliau juga sempat menyentuh isu penghantaran kereta elektrik (EV) syarikat dengan meminta para pekerja untuk ‘go all out’, meredakan kebimbangan prestasi saham Tesla yang susut hampir 70% ekoran kelemahan permintaan.

Isu penghantaran yang lewat pada suku ini ditambah dengan masalah permintaan sehingga memaksa Tesla mengurangkan pengeluaran di kilang Shanghai dan memberi diskaun telah mencetus kegerunan dalam hati pelabur.

Namun, kata-kata hikmat Musk ternyata berjaya mengubah segala-galanya dengan setakat semalam saham Tesla berjaya mencatat keuntungan di sebalik prestasi lemah Wall Street.

Data keluaran Vanda Research memperlihatkan pelabur runcit terus membeli  dan menaruh harapan kepada Tesla dan CEO-nya walaupun saham syarikat menyusut teruk tahun ini.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan membeli ‘di bawah’ ketika saham Tesla lebih murah memberi peluang untuk syarikat menamatkan sesi kerugian 8 hari berturut-turutnya.

Setakat penutupan Wall Street, saham Tesla alami lonjakan positif 3.31% pada $112.71 berbanding penutupan kelmarin pada $109.10.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat