Tether & El Salvador Bakal Dorong BTC Ke $220K! – Max Keiser

429

“Memang dahsyat betul kata-kata diberikan oleh penyokong tegar BTC ini, harapnya menjadilah.”

Max Keiser, penyiar dan penyokong tegar mata wang kripto Bitcoin (BTC) sungguh percaya penerbitstablecoin Tether (USDT) serta El Salvador termasuk penurunan dolar Amerika Syarikat (AS) bakal mendorong BTC mencecah $220,000 dalam masa singkat.

Diperjelaskan Kaiser lebih lanjut, perniagaan stablecoin USDT sedang berada dalam proses mengukuhkan BTC kemudian melemahkan dolar AS yang perlu memaksa kerajaannya bertindak meneruskan kenaikan kadar faedah.

Susulan memahami AS sedang terperangkap dalam hutang dibuatnya yang mungkin membawa pada hiperinflasi, kesatuan BRICS termasuk China dan Rusia bukan sahaja membuang dolar AS sebagai mata wang rizab dunia malah melancarkan mata wang digital bersandarkan emas baharu pada akhir tahun ini.

Rentetan itu, berjuta-juta pengguna kripto telah menukar mata wang fiat pada USDT kemudian firma stablecoin tukar fiat untuk perbendaharaan AS di Cantor yang menggunakan faedah dibayar di mana mereka boleh beli lebih banyak BTC.

Selain USDT, MicroStrategy diasaskan Michael Saylor adalah sebahagian daripada serangan spekulatif susulan firma itu tidak perlu mencairkan pemegang saham melalui serial issuance of preferreds manakala USDT tidak perlu membayar sebarang faedah, ulas Keizer.

Tambahnya lagi, kadar pembelian BTC daripada beberapa entiti termasuk USDT, MicroStrategy dan El Salvador akan mencanak secara ketara susulan negara pertama yang menghalalkan BTC sebagai tender sah itu sentiasa mencari untuk meningkatkan pegangan BTC.

Memang tidak dinafikan AS bakal melancarkan Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC) tersendiri, tetapi mereka sudah terlambat susulan mata wang BRICS akan menjadi mata wang rizab dunia sementara BTC sebagai aset rizab dunia dan USDT sebagai pengganti global untuk rangkaian SWIFT.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat