Tewas Dengan Tekanan, GBP/USD Terperosok Lebih Dalam

561

Pound Sterling menjadi antara mata wang dengan prestasi tercorot pada dagangan semalam selepas terbitan laporan data pekerjaan UK dilihat gagal merangsang lonjakan nilainya.

Walaupun kadar pengangguran di UK semakin menurun, tuntutan faedah pengangguran melonjak tinggi manakala indeks purata pendapatan pula gagal mengatasi jangkaan peningkatan.

Seterusnya pelabur akan memberi perhatian terhadap data inflasi UK yang akan diterbitkan pada sesi Eropah hari ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menepati ramalan penganalisis apabila harga akhirnya menjunam setelah berjaya melepasi zon sokongan 1.38300.

Sebelum ini penganalisis kekal melihat harga bergerak dalam trend bearish selepas keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) diterjemahkan dengan nada dovish.

Harga juga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga menambahkan lagi jangkaan untuk penurunan lebih lanjut pada carta GBP/USD.

Mendorong penurunan lebih rendah semalam apabila US dolar kembali mengukuh semula dalam pasaran susulan sentimen berisiko dan menekan harga jatuh lebih rendah.

Bersambung sehingga dagangan di sesi Asia hari ini, harga telah membuat penurunan menuju ke zon support 1.37000.

Penurunan lebih rendah yang dijangka akan diteruskan bakal menuju pula ke zon support tumpuan seterusnya pada 1.36000.

Sekiranya harga membuat kenaikan, zon SBR (support become resistance) 1.38000 akan diuji begitu juga paras halangan MA50.

Jika harga berjaya melonjak lebih tinggi dan memberi isyarat perubahan trend bullish semula, sasaran harga akan kembali kepada zon rintangan 1.40000 sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat