Tezos (XTZ) Buktikan ‘Bull Season’ Belum Berakhir!

288

Beberapa aset kripto seperti Tezos membuktikan bahawa bull season mungkin tidak akan berakhir ketika mereka sedang bersiap sedia untuk menuju ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH).

Tezos meningkat hampir 80% dalam tiga hari terakhir mencapai paras tertinggi terbaru $7.65 dalam beberapa jam yang lalu.

Peningkatan Tezos sedang menghampiri ATH terbaru hanya dengan menembusi beberapa rintangan sahaja lagi.

Beberapa faktor yang telah menyokong pergerakan harga melonjak secara konsisten salah satunya ialah Doja Cat, seorang rapper terkenal Amerika yang telah melancarkan koleksi NFT di pasaran ‘OneOf’.

Artis rakaman multi-platinum membawa koleksi digital untuk peminatnya, OneOf adalah platform NFT yang dicipta di atas rangkaian blockchain Tezos.

Seterusnya, melihat kepada carta pergerakan semasa harga XTZ/USDT.

Dapat dilihat XTZ telah menghasilkan 111% lonjakan pada sesi dagangan bulan September dan telah menghampiri ATH sebelum ini $8.40.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga XTZ dilihat masih kekal dalam trend bullish dan sedang menuju kembali ke zon resistance sekitar $7.40.

Sekiranya pergerakan harga kekal dengan trend bullish, paras resistance sekitar $7.40 tersebut bakal di uji terlebih dahulu sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.

Tidak mustahil juga jika XTZ berjaya menembusi paras tersebut, ia bakal menguji ATH sebelum ini dan membuat lonjakan yang agresif.

Akan tetapi, sekiranya pergerakan harga kembali menyaksikan trend bearish, paras RBS (resistance become support) sekitar $6.8 bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, XTZ didagangkan pada harga sekitar $7.1 melonjak lebih 18% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat